Isnin, 21 November 2011

KAEDAH PENGAJARAN TILAWAH


Menurut Norasikin Fabil et.al (2005), anjakan paradigma yang membawa kepada perubahan corak hidup, konsep daya gaya penghidupan tidak mengubah keperluan manusia kepada al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan asas dalam kehidupan seseorang muslim terutama dalam pendidikan. Pembelajaran al-Quran dan tajwid dilaksanakan dalam institusi formal atau tidak formal dengan menggunakan pelbagai kaedah.
Pemilihan kaedah yang bersesuaian merupakan aspek yang penting dalam pengajaran al-Quran. Faktor-faktor seperti kemampuan pelajar, kesediaan guru, kelenturan dan susun atur sesuatu kaedah yang digunakan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan pengajaran bacaan al-Quran di samping jangka masa pengajian juga turut menjadi faktor pemilihan sesuatu kaedah terutamanya pada zaman teknologi yang kian pesat kini (Adel et.al 2006).
Menurut Maimun Aqsha dan Roslan (2005) lagi, keberkesanan kaedah mengajar dan jalinan hubungan yang mesra di antara guru dan pelajar dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi menjadi penting agar penyampaian pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih tersusun serta memudahkan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran
Pengajaran dan Pembelajaran tilawah al-Quran menurut Mohd Yusof (2000), Ghazali 1997) dan Ahmad (1997) dalam (Kamarul Azmi & Ab. Halim 2007) boleh diajar dengan :
a. Membaca ayat dan surah secara tartil
b. Mendengar bacaan rakaman
c. Membaca secara senyap
d. Membaca menurut nombor ayat
e. Membaca tidak menurut nombor ayat
f. Memerhati serta menyebut kalimah baru.
Selain itu, beberapa kaedah P & P berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran antaranya (Ab.Halim Tamuri 2004):
· Tilawah al-Quran ;
a. Kuliah atau penerangan
b. Tasmi’ dan Tashih
c. Bacaan beramai-ramai
d. Latih tubi
e. Perbincangan
f. Talaqqi dan Musyafahah
g. Halaqah dan tadarus
· Kefahaman al-Quran ;
a. Bersoal jawab
b. Membaca mafhum ayat
c. Kuliah atau penerangan
d. Perbincangan kumpulan
e. Membaca ayat kefahaman
f. Bercerita
g. Kajian perpustakaan
· Hafazan al-Quran ;
a. Latih tubi menghafaz
b. Memperdengarkan bacaan ayat
c. Talaqqi dan musyafahah
d. Murid menghafaz secara individu
e. Murid menghafaz dalam kumpulan
f. Murid membaca beramai-ramai
Pendekatan dan Cadangan Proses P & P Tilawah al-Quran (Kamarul Azmi & Ab. Halim 2007)
a. Menggunakan ICT
b. Pembelajaran Pengaturan Kendiri
c. Pembelajaran aktif
d. Pembelajaran berasaskan masjid
e. Pembudayaan penyelidikan
Tidak dapat dinafikan bahawa pemilihan kaedah yang bersesuaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bacaan al-Quran. Faktor-faktor seperti kemampuan pelajar, persediaan guru, kelenturan dan susun atur sesuatu kaedah yang digunakan memainkan peranan dalam menentukan kejayaan pengajaran bacaan al-Quran. Jangka masa pengajian yang disasarkan juga turut menjadi faktor pemilihan sesuatu kaedah dan adakalanya terdapat juga usaha pengubahsuaian dan penerapan terhadap sistem pengajian yang akhirnya melahirkan beberapa kaedah baru (Adel et.al 2006).
Menurut Mohd Faisal Mohamed et.al (2008) untuk mendapatkan hasil yang baik dalam semua perkara yang dilakukan, haruslah melalui langkah-langkah, teknik dan tatacara yang sesuai. Begitu juga dalam pengajaran dan pembelajaran, ia memerlukan kaedah dan teknik yang sesuai untuk mendapatkan kesan yang lebih mantap. Oleh sebab itu juga, seseorang yang ingin menguasai kemahiran membaca al-Quran perlu mempelajari dan menjalani latihan-latihan bacaan mengikut cara yang betul.

BAHAGIAN ADAB DAN AKHLAK ISLAMIYYAH

ADAB MENJAGA FITRAH LELAKI DAN PEREMPUAN

1. Maksud adab menjaga fitrah lelaki atau perempuan :
- Menjaga tingkah laku atau tutur kata yang bersopan dan menjaga sifat
semulajadi sebagai seorang lelaki atau perempuan berdasarkan syarak.

2. Hukum - Wajib

3. Akibat menyalahi fitrah lelaki dan perempuan :
a) Di dunia
- maksiat berleluasa dalam masyarakat
- disisih oleh masyarakat
- terkena penyakit yang berbahaya
- berlaku maksiat luar tabi'e
b) Di akhirat
- nabi tidak mengaku sebagai umatnya
- dilaknat oleh Allah SWT
- dilaknat oleh Rasulullah SAW

3. Adab pergaulan sesama lelaki :
- menjaga adab-adab pergaulan yang baik seperti memberi salam dan hormat menghormati
- melakukan kerja-kerja berfaedah dan menjauhi perkara yang dilarang
- menjaga adab berpakaian

4. Adab pergaulan sesama perempuan :
- menjaga sifat semulajadi keperempuanan
- saling nasihat menasihati
- menjaga adab pergaulan yang baik
- Menjauhi perbuatan yang ditegah syarak

5. Batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan :
- menutup aurat
- bergaul apabila perlu
- tidak berdua-duaan di tempat sunyi
- pakaian yang tidak merangsang syahwat.

6. Faktor menyalahi fitrah :
- Lemah iman
- Kurang penghayatan agama
- Pergaulan bebas
- Hiburan berlebihan
- Meniru budaya negatif melalui media massa dan elektronik

7. Hikmah mematuhi fitrah :
- Hidup bermaruah
- Mengawal diri daripada melakukan maksiat
- Diredai Allah
- Mempunyai jati diri
- Membendung penyakit sosial

8. Langkah-langkah mengelakkan diri daripada melanggar fitrah ;
- Meningkatkan iman kepada Allah
- Menghayati ajaran Islam
- Menjaga batas pergaulan
- Menjauhi budaya negatif
- Mengingati azabAllah kepada umat terdahulu

9. Contoh menyalahi fitrah daripada sirah rasul dan balasan Allah ke atasnya :
- Kaum Nabi Lut mengamalkan homoseksual walau pun ditegah oleh
baginda. Allah menurunkan bala dengan membalikkan bumi.


ADAB BERKAWAN

1. Erti kawan :
- Kawan ialah orang yang selalu berdamping dengan kita.

2. Sebab manusia memerlukan kawan :
- Tempat mengadu isi hati dan masalah
- Dapat membantu apabila diperlukan

3. Ciri-ciri kawan yang baik :
- Taat perintah Allah
- Memiliki sifat-sifat mahmudah
- Berilmu pengetahuan
- Berdisiplin
- Bersopan santun
- Baik budi pekerti
- Tidsak mementingkan diri
- Menjadi contoh terbaik
- Berlapang dada menerima teguran
- Sanggup berkorban demi kebaikan kawan

4. Cara beradab dengan kawan :
- Memberi salam
- Mendoakan kebahagian
- Saling nasihat menasihati
- Jujur dan ikhlas
- Menjaga hatinya
- Sentiasa bersangka baik

5. Kelebihan berkawan dengan orang yang baik :
- Taat perintah Allah
- Dihormati masyarakat
- Dikasihi Allah
- Mencontohi kebaikannya
- Mencegah kemungkaran
- Melakukan kerja berfaedah

6. Akibst tidak menjaga adab berkawan :
- Putus silaturrahim
- Tidak di redai Allah
- Berakhlak buruk

7. Kepentingan menjaga adab berkawan :
- Menjalin hubungan persahabatan yang baik
- Silaturrahim berkekalan
- Diredai Allah

8. Contoh perbuatan yang merenggangkan persahabatan :
- Membuka keaiban kawan
- Bersikap keras dan kasar
- Bersangka buruk terhadap kawan
- Menyakiti hatinya
- Tidak menepati janji


ADAB KEPADA IBU BAPA

1. Maksud adab kepada ibu bapa :
- Bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan, dan
tingkah laku.

2. Cara beradab kepada ibu bapa :
- Mengasihi dan mendoakan kebahagiaan mereka
- Menghormati
- Memberi salam
- Bersopan santun
- Taat perintah
- Berterima kasih
- Menjaga perasaan
- Menolong kerja rumah

3. Hikmah menghormati ibu bapa :
- Mendapat keredaan , rahmat dan keampunan Allah
- Dihormati dan dikasihi oleh manusia
- Memperolehi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
- Dikurniakan pahala yang banyak di sisi Allah
- Jiwa tenang dan tenteram

4. Sebab perlu beradab kepada ibu bapa ;
- Ibu melahirkan kita
- Mereka mendidik kita
- Mereka memberi kasih sayang
- Sanggup berkorban demi anak

5. Akibat derhaka kepada ibu bapa :
- Dilaknat oleh Allah
- Dibenci oleh masyarakat
- Jiwa tidak tenang
- Sengsara di dunia dan di akhirat
- Berdosa besar

6. Contoh perbuatan derhaka kepada ibu bapa :
- Menyakiti hati mereka
- Menengking mereka
- Menghina mereka
- Biadap terhadap mereka
- Menyusahkan hidup mereka

7. Adab terhadap ibu bapa yang telah meninggal dunia :
- Mendoakan kebaikan mereka
- Mengenang jasa mereka
- Menghubungkan silaturrahim dengan kawna-kawan mereka.

ADAB BERGAUL DENGAN KELUARGA

1. Maksud keluarga :
- Sanak saudara, kaum kerabat, dan saudara mara terdekat termasuk ibu bapa
datuk, nenek, adik beradik, bapa saudara dan emak saudara.

2. Hukum beradab dengan keluarga : Wajib

3. Adab bergaul dengan dengan keluarga :
- Ziarah menziarahi
- Memberi salam
- Nasihat menasihati
- Bekerjasama
- Beradab ketika bercakap
- Mengasihi yang muda
- menghormati yang tua

4. Kebaikan menjaga adab bergaul dengan keluarga :
- Dikasihi dan di rahmati Allah
- Jiwa menjadi tenang dan tenteram
- Terjalin hubungan kasih sayang
- Mudah menerima bantuan keluarga
- Memperoleh kejayaan
- Dihormati masyarakat

5. Amalan yang menyalahi adab bergaul dengan keluarga ;
- Berbicara tanpa menggunakan pertimbangan akal yang waras
- Menyokong perbuatan maksiat yang berlaku
- Membiarkan anggota keluarga hidup dalam kesusahan
- Tidak menghormati golongan yang lebih tua
- Tidak melaksanakan tanggungjawab nasihat menasihat

6. Akibat tidak menjaga adab berkeluarga :
- Jiwa tidak tenang dan tenteram
- hidup dalam kesusahan
- Tersisih daripada keluarga
- Hidup tidak berkat
- Tiada tumpuan kepada pelajaran
- Nama keluarga tercemar
- Keluarga terdedah kepada perkara mungkar dan maksiat
- Hilang semangat kerjasama
- Keluarga porak peranda


ADAB BERGURU

1. Maksud guru :
- Golongan kedua selepas ibu bapa yang berperanan memberi pendidikan
anak-anak dan masyarakat.

2. Adab berguru :
- Berwuduk
- Berdoa
- Bersedia dengan bahan pembelajaran
- Memakai pakaian bersih dan bersopan
- Hormat guru
- Beri tumpuan ketika belajar
- Beramal dengan ilmu yang dipelajari.

3. Cara beradab dengan guru ;
- Memberi salam
- Bercakap dengan sopan
- Menolong guru
- Mengucapkan terima kasih
- Bertanya khabar ketika bertemu
- Mengucapkan tahniah dan takziah mengikut situasi
- Dikurniakan hidayah
-Melatih diri menghormati pemimpin

4. Akibat derhaka kepada guru :
- Ilmu tidak diberkati Allah
- Rendah budi pekerti
- Susah faham ajaran guru
- Ketinggalan dalam pelajaran
- Mudah terpengaruh dengan perkara negatif

5. Contoh tidak menjaga adab dengan guru :
- Tidak beri salam
- Melawan guru
- Buat kerja sambil lewa
- Masam muka menerima nasihat

6. Sebab-sebab wajib menghormati guru :
- Supaya ilmu diberkati Allah
- Supaya dirinya berjaya dunia dan akhirat
- Supaya mudah ingat pelajaran
- Kerana guru mendidik pelajar
- Kerana guru membimbing sehingga berjaya
- Kerana guru membentuk akhlak mulia.

7. Hikmah menghormati guru ;
- Memperoleh ilmu yang diberkati Allah
- Memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat
- Dikurniakan taufik dan hidayah
- Memudahkan seseorang mengingati dan memahami pengajaran guru.

Ahad, 20 November 2011

Alhamdulilah...hari nie selesai menghantar tugasan KRB 3033 dan KPF 3012 melalui tapak yang disediakan....walaupun tarikhnya lambat lagi...hanya tinggal KPD 3026 sahaja yang belum hantar kerana tapak belum disediakan oleh pensyarah.Lepas nie boleh le rehat sikit...

Isnin, 7 November 2011

Alhamdulilah..hari ini selesai menghantar tugasan 1B (esei) bagi KRT3013 ...terima kasih buat Puan Nur Saadah kerana masih melanjutkan tempoh penghantaran pada 12hb ini memandangkan tarikh sebenar adalah pada 7/11...Assingment yg lain menunggu detik untuk dihantar bila tiba masanya...Ya Allah pemudahkanlah segala urusan Hamba-Mu ini...

Jumaat, 4 November 2011

Sesungguhnya setiap pengorbanan memerlukan kesabaran dan setiap kesabaran memerlukan kekuatan iman...semoga setiap pengorbanan yang dilakukan akan mendapat pahala dan ganjaran dari Allah

Isnin, 17 Oktober 2011

DOA BERPAKAIAN

SEKADAR RENUNGAN


Antara akhlak Baginda yang terpuji adalah :
  • Baginda merupakan seorang yang lemah lembut. Tidak gemar menunjukkan kebencian kepada seseorang secara terus terang.

  • Pertuturan baginda sentiasa padat dan lengkap; tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Baginda tidak berbicara tanpa perlu dan hanya akan memperkatakan sesuatu yang hak semata-mata.


  • Baginda sentiasa mengikat batu diperutnya untuk menahan lapar. Bila makan tidak pernah cerewet tetapi makan apa yang disediakan sahaja dan tidak pernah menolak.


  • Baginda sentiasa berlapang dada dan suka memaafkan orang lain walaupun mampu membalas dendam.

Pernah berlaku seorang Musyrikin berdiri di kepalanya dengan sebilah pedang sambil berkata, "Siapakah yang dapat mempertahankan kau dari pedangku ini ?" Jawab Rasulullah, "Allah" Apabila mendengar perkataan tersebut, orang itu tersebut gementar dan pedang itu terjatuh dari tangannya. Rasulullah mengambil pedang itu dan berkata, "Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau daripadaku pula?" Jawab Musyrikin itu, "Ambillah nyawaku dengan cara yang baik." Tetapi, Rasulullah telah memaafkan orang itu.

Khamis, 6 Oktober 2011

PENGERTIAN REFLEKSI

Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh terhadap kepercayaan, atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan (ilmu), berdasarkan asas-asas yang menyokong dakwaan itu serta terhadap rumusan yang terhasil daripada pemeriksaan itu.

Jumaat, 30 September 2011

ADAB


ADAB-ADAB BERPAKAIAN
1) Membaca bismillah
2)Dahulukan Sebelah kanan
3)Pakaian yang bersih
4)Dibuka dari sebelah kiri
5)Pakaian Menutup aurat


CIRI-CIRI PAKAIAN YANG BAIK

1)Menutup aurat
2)Sederhana atau tidak menonjol
3)Bersih
4)Warna yang sesuai
5)Selesa dipakai

SESI PENGAJARAN MIKRO.....

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

Subjek : Pendidikan Islam tahun 2

Tunjang: Akhlak Islamiyyah

Tajuk : Adab Berpakaian


Definisi Akhlak

Sudut Bahasa : Tabiat,kelakuan,perangai,tingkahlaku ataupun adat kebiasaan.Ia juga membawa
maksud kejadian yang indah dan baik

Sudut Istilah : Sifat atau keadaan yang tertanam di dalam diri atau jiwa yang dapat
mengeluarkan sesuatu atau menampilkan perbuatan dengan senang tanpa
memerlukan pemikiran dan penelitian.

ASSINGMENT-ASINGMENT..

Aduhhh...peningnya bila pensyarah bagi assingment...maklumlah dah lama bercuti semester..
Pening juga bila group yang dulu dah berpecah....Buat Kawan2 semasa group EL-A19 dulu...walaupun group kita berlainan sem ini namun perbincangan tetap sama2 ye...Hii...Hiiii

UPSI TETAP DI HATI....

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan di dunia pendidikan...setelah sekian lama bercuti di semester 1 akhirnya kita kembali untuk meneruskan perjuangan yang sudah tentu banyak ranjaunya...buat kawan-kawan moh kita teruskan perjuangan ini agar kita dapat menggengam segulung ijazah ...